Monday 14 March 2016

Sekularisme

Bismillahirrahmannirrahim

Alhamdulillah, kita semua masih dipanjangkan umur untuk sama-sama berkongsi ilmu selagi mana yang mampu. Untuk entry kali ini pula, saya akan mengupas tentang isu sekularisme. Kupasan saya lebih kepada pandangan Islam namun masih sesuai untuk dibaca kepada umum :)





   Sekularisme atau fahaman sekular ialah mengendalikan urusan kehidupan di dunia secara terpisah daripada agama, ia tidak ada hubungan dengan Tuhan atau tidak ada hubungkait dengan Akhirat. Terpisah ini tidak kira sama ada di bidang ekonomi, politik, pendidikan, pentadbiran, kebudayaan, perhubungan dan lain-lain lagi. Dengan kata lain, fahaman sekular itu ialah fahaman keduniaan semata-mata dan tiada kaitan dengan Akhirat. Maksudnya di sini, orang yang mempunyai fahaman sekular, hidup di dunia hanya habis di dunia. Kalau untung hanya berlaku di dunia begitu juga sebaliknya. Sama ada senang atau susah, semuanya berlaku di dunia, tidakkan dipersoalkan lagi di Akhirat. Dosa dan pahala tidak diambil kira kerana kehidupan itu hanya di dunia semata-mata. Di dalam fahaman sekular, syariat tidak diambil kira. Syariat tidak ada tempat dalam kehidupan. Tuhan tidak campur tangan dalam kehidupan manusia. 

   Oleh yang demikian, manusia boleh buat apa sahaja. Yang penting mendapat keuntungan. Yang diperlukan adalah pembangunan dan kemajuan. Yang mustahak mendapatkan kemenangan dan kejayaan walau apa cara sekalipun. Walau terpaksa menghalalkan cara. Halal dan haram tidak difikirkan. Pantang larang tidak diambil kira. Mengikut fahaman sekular, dunia bukan jambatan untuk Akhirat atau bukan tanaman untuk Akhirat. Segala apa yang berlaku di dunia ini hanya habis di dunia semata-mata. Tidak timbul soal dosa dan pahala dalam fahaman sekular. Tidak ada kehidupan di Akhirat atau tidak ambil pusing kehidupan di Akhirat. Kalaupun percaya dengan hari Akhirat, ianya acuh tidak acuh. Seolah-olah Akhirat itu hendak dilupakan. Bahkan sesetengah orang tidak senang dengan kehidupan Akhirat. Sebut sahaja Ahirat, hati menjadi benci, mulut mencemik. 

   Setelah saya menghuraikan serta bahaskan erti fahaman sekular ini, maka kita boleh memahami bahawa mereka yang mempunyai fahaman sekular boleh dibahagi kepada beberapa golongan. Antaranya:

1. Golongan orang yang berfahaman sekular sejati (pure)

Golongan yang tidak percaya langsung wujudnya Tuhan dan kehidupan selepas mati iaitu Hari Akhirat. Agama dianggap candu kepada manusia. Ia adalah buatan manusia. Wujudnya alam ini adalah secara semulajadi. Golongan yang berpegang dengan fahaman ini adalah orang yang berfahaman komunis, atheis atau free thinker. 

2. Golongan orang yang berfahaman sekular tersesat.

Golongan orang kafir yang percaya dengan Tuhan, dengan hari Akhirat dan percaya dengan agama tetapi tidak kenal Tuhan. Keyakinannya dengan hari Akhirat tidak tepat. Agamanya tersesat. Kehidupan dunianya terpisah dari agama. Dalam urusan kehidupan dunianya, seolah-olah Tuhan tidak campur tangan.

3. Golongan orang Islam yang yakin dengan kewujudan Tuhan.

Golongan orang Islam yang yakin dengan wujudnya Tuhan dan mengenali Tuhan dengan lebih tepat serta percaya dengan hari Akhirat dengan betul. Namun Islamnya hanya di sudut ibadah. Persoalan kehidupan seperti ekonomi, politik, perjuangan dan lain-lain tidak boleh dicampur aduk dengan Islam kerana kejahilan. Syariat Islam tidak ada tempat di dalam kehidupan kecuali sudut ibadah sahaja. Selain ibadah, mereka boleh menerima apa sahaja pandagan ideologi atau akal fikiran.

4. Golongan sekular disebabkan kezaliman.

Sama seperti golongan di nombor 3 tetapi keyakinannya kepada Islam adalah lebih mendalam. Islam adalah agama seluruh kehidupan. Islama adalah agama ibadah, agama politik, agama pentadbiran, agama ekonomi, agama pendidikan tetapi mungkin kerana takut kepada golongan tertentu atau tidak sanggup menerima risiko yang berat kerana kepentingan peribadi atau keana malu dan takut dituduh kolot maka berlakulah syariat Islam ditinggalkan melainkan di sudut ibadah. 

5. Golongan sekular yang tertukar nawaitu.

Orang Islam yang mengerjakan ibadah, berjuang, berekonomi,berpendidikan, berdakwah, berpolitik, berhubung dan lain-lain lagi walaupun mengikut syariat tetapi bukan kerana Allah Taala. Semua itu dibuat kerana riyak, ujub, nama, glamour, pangkat, wang ringgit, sama ada disedari atau tidak. Oleh kerana itu pahalanya tidak sampai di Akhirat. Itulah golongan sekular disebabkan tertukar nawaitu atau diniatnya.

6. Golongan sekular disebabkan unsur sekular atau mementingkan dunia.

Golongan orang Islam yang segala usahanya ke arah Islam tetapi kerana terlalu membesarkan kehidupan dunia, mereka tidak sanggup mengeluarkan zakat lalu menjadi bakhil. Mereka tidak suka membuat kebaikan, tidak suka menolong orang, tidak suka bersedekah, suka mengumpul harta sahaja dan menjadi tamak. Itulah golongan sekular disebabkan unsur sekular atau mementingkan dunia.

   Begitulah erti fahaman sekular atau sekularisme mengikut pandangan Islam yang boleh saya ringkaskan. Pendek kata, fahaman sekular ini hanya mementingkan dunia semata-mata. Oleh yang demikian, pada akhir zaman ini kebanyakan penduduk di dunia lebih berfahaman sekular sama ada mereka berkeyakinan bahawa kehidupan ini hanya berakhir di dunia atau masih yakin akan kehidupan di Akhirat namun dari segi hati dan sikapnya, mereka lebih mementingkan dunia berbanding Akhirat. Jadi kita yang beragama Islam ini sama-samalah perbaiki diri, mengaudit diri, takut-takut kita tergolong antaranya dan belum terlambat untuk kita perbaiki diri dan bertaubat untuk menjadi yang lebih baik. InsyaAllah.

Terima kasih :)

Monday 7 March 2016

Assalamualaikum Dunia !


Bismillahirrahmannirrahim

Untuk entry pertama ini, marilah kita bersama-sama menghayati lirik lagu serta video nyanyian Faizal Tahir:

Nana nanananana, nana nanananana
Nana nanananana
Nana nanananana, nana nanananana
Nana nanananana

Apa yang ku lihat ini
Mengapa hanya video bunuh sana sini
Di kaca TV, dalam internet, di FB
Hanya darah dan air mata
Ramai yang hina agamaku
Terasa bakar di jiwaku
Can't believe there are people like this
Can't believe we are living like this

Apa kita hanya terima sahaja?

Assalamualaikum dunia, bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita, semua serupa
Damailah manusia, kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia

( 2 kali )
Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Warna kulit, kaum, asal usul
Jangan menilai hanya pada rupa
Adakah matamu mengatasi akalmu?
Satu untuk semua ( 2 kali )
Semua untuk satu ( 2 kali )

I believe we are better than this
We could all be better than this

Apa kita hanya berdiam sahaja?

Assalamualaikum dunia, bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita, semua serupa
Damailah manusia, kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum

Dengar aku, dengarku selalu bersalah
Selalu terleka dan ku sedari semua
Ampuniku, ampuniku yang berdosa
Ku berubah hari ini untuk kamu

( 2 kali )
Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Ooo... Assalamualaikum dunia
Bangunlah semua
Damailah, damailah manusia
Kita bersaudara
Assalamualaikum dunia ( 2 kali )

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum
( Damailah manusia, kita bersaudara )

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum dunia
Damailah pada kamu semua






Sumber Youtube

Ulasan : 
Lagu ' Assalamualaikum ' nyanyian Faizal Tahir jika kali pertama kita mendengarnya pasti akan berasa sebuah lagu yang rancak dan mudah untuk kita mengulangi. Kali kedua kita mendengarnya sudah pasti kita akan cuba meneliti bait-bait lirik yang disampaikan. Seterusnya kita akan kaitannya dengan isu semasa global yang berlaku pada masa kini. Sejujurnya pada permulaan lagu ini, saya hanya berasakan ini hanyalah sebuah lagu yang sesuai untuk didengari tanpa perlu memandang serius isu yang cuba disampaikan.

Namun, persembahan Faizal Tahir di 'Anugerah Juara Lagu 30' untuk lagu ini telah membuka mata ramai pihak termasuk saya tentang isu global dunia yang sedang berlaku tanpa kita sedari semakin berterusan malahan semakin teruk. Apa yang cuba disampaikan oleh Faizal Tahir mengikut fahaman saya ialah terlalu banyak isu semasa seperti peperangan yang membawa kepada pembunuhan dan kemusnahan yang tersebar luas di media massa. Oleh itu, kita sebagai rakyat di muka bumi ini seharusnya berubah kepada ke arah kebaikan dan bersama-sama hidup dalam keadaan aman damai tanpa memikirkan warna kulit, agama dan lain-lain. Peperangan yang bawa kepada kemusnahan dan pembunuhan tidak dapat menyelesaikan masalah selain menambahkan penderitaan manusia.

Lagu ' Assalamualaikum ' ini sememangnya sebuah lagu yang wajar untuk didengari dan dihayati agar kita boleh muhasabah diri untuk menjadi yang lebih baik dan sekaligus bersama-sama bekerjasama menjaga keamanan negara agar rakyat dapat hidup dalam keadaan aman damai dan harmoni.


Terima kasih :)