PERSATUAN Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) percaya harga seunit boleh manfaatkan pengguna, selain bijak dalam berbelanja barangan keperluan harian dengan SmartShopper Malaysia.
Ketua Eksekutif Blue Tangents Sdn Bhd, CK Soon berkata aplikasi itu boleh membantu pengguna menentukan harga barangan lebih jimat dengan melakukan perbandingan harga.
“Dengan penggunaan aplikasi ini, pengguna dapat menentukan harga kos di semua pasar raya. 20 pasar raya terlibat dalam memaparkan senarai harga barang kepada pengguna,” katanya.
Sebagai contoh, jenama lampin pakai buang Drypers boleh dilihat dalam aplikasi itu dan pengguna dapat membanding harga di semua pasar raya.
Tanpa perlu ke pasar raya, pengguna boleh memilih harga barangan lebih murah berbanding tempat lain tanpa perlu mengunjungi semua pasar raya.
“Setiap harga akan dikemas kini dalam masa tiga hari dan berharap pengguna dapat membantu pihak kami untuk maklum balas terhadap aplikasi ini.
“Sebanyak 80 peratus tertumpu kepada pasar raya seperti Tesco, Giant, Mydin, Guardin, Sunshine dan sebagainya.


“Aplikasi ini dibangunkan sejak 2013, namun tahun lalu kami mula melaksanakan harga seunit barangan,” katanya.
Sementara itu, pengasasnya, Yin See berkata aplikasi tersebut boleh digunakan bagi pengguna sekitar Kuala Lumpur dan bakal dikembangkan ke Pulau Pinang, Johor dan seluruh Malaysia.
Katanya, pengguna juga tidak memerlukan masa panjang untuk membuat pilihan kerana ia lebih pantas dan banyak pilihan.
"Ia inisiatif Standards Users dan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia," katanya.
Sementara itu, Standards Users menjelaskan harga seunit bermaksud memaparkan harga barangan runcit dalam unit ukuran tertentu selain harga jualan.
Dengan menggunakan ukuran standard, pembeli dapat membandingkan harga barangan tanpa mengambil kira saiz atau jenama.
Harga seunit tidak memerlukan pembeli membuat pengiraan rumit untuk mengetahui barangan menawarkan harga lebih murah.

Kesimpulannya, kalau nak tahu manfaat Smartshopper ini, jangan lupa muatnaik okay?

Terima kasih :)